Blogger Templates

Wednesday, 4 December 2013

Sweet joy befall. Tiny dot..dot..dot.. :')

Amaran keras: entry ini panjang 5 meter. :)




credit to: google images :)


Assalammualaikum dan hai guys. Lama x update. (Malas/rase tak ade ape nak share)
(Ade ke yang baca blog nie masalahnye. Hahaha *perasan* )

Eh? Bapak gempak tajuk entry. Haha.. Tapi Alhamdulillah, rezeki Allah dah tentukan. Cepat atau lambat. Esok lusa sekarang, kita tak tahu ape nak jadi.. Cewaaaaaahhh.. Hihi

Aku tak minat sangat nak buat pengumuman "Saya sudah disahkan mengandung! Menangis kegembiraan" sebaik sahaja dapat keputusan positif di alat UPT di FB atau di blog atau di mana-mana. Tidak salah membuat pengumuman seperti itu, cuma aku rasa bukan manusia jenis itu. Mane boleh share, share. Mane rase p&c, simpan dalam kocek. :p  Emosi yang aku rasa berlainan. First orang aku call adelah my mom dekat kampung. (Seronok almaklum first time bakal jadi grandma hehe ).

Our Approach on Having Our First Baby


Aku dengan husband bukan pasangan yang terburu-buru untuk mendapatkan anak. Tak bunting pelamin pun takpe. Sejujurnya, kami tidak kisah menunggu setahun untuk mendapatkan anak, cuma kami tidak membuat apa-apa perancangan. Kami berserah sahaja kepada Allah untuk menentukan masa yang Dia rasa paling sesuai untuk kami menjadi ibu dan bapa. Bak kata orang tua-tua "Give yourselves six months to know each other first". Lagipun aku rasa belum bersedia secara mental, ilmu belum cukup untuk jadi seorang ibu. Jadi isteri pun masih terkedek-kedek, apatah lagi seorang ibu (padahal umur dah 24 tahun, sedarlah suri oi, kau bukannya muda lagi). Hasrat di hati mahu berdua-duaan dengan suami dahulu. Mahu melancong ke sana-sini dahulu. (Baru je survey ticket flight ke London next year.. Dalam mimpi jela nampak gayanya.. Kuang3)  Tapi, Allah maha mengetahui.


Sebenarnya aku tak sangka aku hamil (padahal dah nikah 9 bulan huk3) . Tambahan pula, haid aku memang tak teratur. Sangat ting tong. Kejap sebulan 2x, kejap macam nak datang tapi tak datang pun.. Kejap banyak hari, kejap sehari dua je. Jadi, aku memang tak ambil tahu bila waktu subur, bila tak. Aku dah lewat haid 3 minggu pon aku tak tahu. haha. Jadi memang berserah sahaja.



"When you're pregnant, you just know"



Pernah dengar ayat ini? Tak kisahlah pernah atau tidak, tapi bagi aku, ayat ini memang ada kebenarannya. Mula-mula, terdetik kat hati yang "aku ni hamil agaknya". Ya, memang terdetik selepas aku rase sakit pinggang, breast rase sakit perit dan cramp bahagian peranakan wanita. Tetapi bagi aku, pening kepala, loya dan muntah-muntah adalah normal sebab aku ade penyakit migraine dan metabolisma yang tinggi. Jadi aku cepat lapar dan perut cepat masuk angin. Bila perut masuk angin, mula la suruh suami beli pil herba cina tue., terutamanya di waktu pagi. Memang haid lambat, tapi bagi aku, itu juga normal. Kadang kala aku sehingga dua bulan tidak datang haid. Jadi, memang aku bergantung kepada gerak hati.

Bila terdetik di hati macam tue, aku ade teringat yang dalam 2 minggu selepas haid terakhir, ade bleeding. Tetapi warnanya lain, agak kecoklatan. Dan ia cuma sedikit tompokan, dan keluar hanya sekali. Masa itu aku sangka mungkin haid yang tidak teratur, datang 2x sebulan pulak dah. Tetapi rupa-rupanya ia adalah implantation bleeding. Cuma masa itu aku tidak tahu. Naive betoi. Hihi Selepas terasa diri ini hamil, baru teringat balik. Kemudian aku ade chat dengan kawan dekat fb merangkap bff.. "Sakit perut nie, tapi dah dua bulan tak haid'. Dia siap suruh aku jaga makan, sebab ade jugak orang peknen takde alahan pape. Macam kawan die..tup2 dah dua bulan. Hihi (masin mulut ekau)

Nak dijadikan cerita.. Jeng..jeng..jeng.. (Suspen tak? Haha)

02.12.2013 
hari konvokesyen aku. Sesi pagi. Sume kawan tegur badan aku berisi, ade yang siap gosok perut kata ade isi ini tapi sembunyi2 ek? I don't really like orang sentuh my belly actually. Huh! Masa konvo tue..hujan..nasib la dah selesai dalam tengahari hujan dah berhenti. Balik umah malam masa nak tido ahhhhhh rase seram sejuk badan nie. Nak demam la kot sebab hujan.

03.12.2013
Pagi nie aku g UUM pukul 10 pagi. Konon nak photoshot sebab semalam tak sempat terus balik rumah. Camne nak amek gambar. Orang ramai sangat. Penuh luar dalam. Dah macam ombak orang. Photoshot kejap, hujaannnn. Pegi makan dekat DPP MISC. Lupe pulak, aku dengan effa dan jugak reen. Siap makan pegi la photoshot dekat stadium mini, pusat sukan dan pintu gerbang UUM. Tak boleh nak lama2.. Hujan dari pagi sampai ke malam. Malam nak tido, rase demam sebab kena hujan la  kot. Konon-kononnya.

04.12.2013
Rase malas giler..suami siap cakap aku nie malas. I admit it. Rase malas giler. Petang aku g UUM lagi, sebab nak cop pengesahan uni, nak beli keta cheq oi.. Dapat la graduate skim. Huhu untung la sikitkannnn.. Sempat lagi aku lari, hujan kot. Takkan nak lenggang kangkung dalam hujan. Ye dak? Masa nie pegi sorang je sebab asben kerja.. Masa on the way balik, tetiba hati tergerak nak pergi klinik sebab aku rase nak demam, sakit pinggang, sakit breast, kembung perut macam berangin je, dengan keputihan punye la banyak..



credit picture to: myself hihihi


Daftar dalam 5 minit nurse panggil nama. Aku pon explain la dekat doktor aku sakit perut nie rase kembung semacam je. Owh cite jugak dah overdue period. Doktor suruh buat UPT. Dalam hati aku, buat je lah dah alang2 datang sini. Tungggggggggu tak sampai dalam 2 minit nurse cakap 'two stripes, positve doktor'. Aku suruh nurse ulang, sebab tak caye oooooo..doktor amek UPT tunjuk dekat aku.. Aku tak caya jugak.. Aku siap amek UPT dari tangan dr. (Punye excited tapi tak caya) hehe.. Doktor kata tak boleh  scan sebab aku dah kencing dan rahim kosong. Kalo scan tak nampak jugak. Doktor suruh datang esok untuk scan. Puasa kencing. (Macam2 doktor nie..hehe) so ubat yang doktor bagi hanyalah asid folid dan vitamin sahaja.. Aku rase my tiny dot nie around 5-6weeks kalo ikutkan last period aku bulan 10 haritue. Hhihihihihi 


Konon nak buat surprise dekat suami, hati tak tahan.. PM la dekat inbox fb suami gambar UPT..

Reaksi suami? Sama jugak macam aku nie haaaaaa. Terkejut dan tak terkata apa. Yang sebenarnya, dia tak tahu pun macam mana nak baca UPT tu. Lepas aku terangkan barulah dia cakap "Oh, ok". Suami buat keputusan nak g check up dekat hospital. Sebab masa g klinik pegi sorang.. Nie die pon nak tengok jugak.. ( hahaha seronok aihhhh) 

Suami decide nak pergi esok atau lusa hospital. Ok kite tungguuuuuu saje.. (Nanti aku update lain okehhhhhhh)

Jangan keliru ya, kami gembira dengan berita ini, cuma terkejut sahaja. Jadi rasa teruja tu datang lambat sedikit. Kami amat bersyukur dengan kurniaan ini. Dalam hati risau, bolehkah aku jadi ibu yang baik, sudah bersediakah diri ini? Sebenarnya sudah, cuma aku sahaja yang tidak tahu. Yang tahu cuma Allah sahaja, dan Dialah yang mengetahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Dah penat karang.. Baiiiiiiiiiiiiiii.. 

Wednesday, 30 October 2013

First date with gynae.


Minggu lepas MIL (mother in law z:p)  tido dekat umah dua malam. Huhu. sebab FIL pegi memancing dengan abg ipar and abang lang Sadoa. Memancing di SuratThani. En suami ketat2 mau pigi tapi nanti sape nak keja. Hehe. Sembang dengan MIL pasal sakit aku nie. (ade tulis dalam entry lepas) Dia pon suggest suruh pegi jumpa gynae. Nanti dia nak tolong bawakkan lagi :p pagi tadi suami tanya nak pegi tak. Segan pulak nakg dengan MIL. Huhu mau pegi dengan asben jugak. Dah tue siap2 sume dalam 2.30pm bertolak la dari rumah ke Kedah Medical Centre (KMC). Dekat nak sampai ade plak dua orang laki dok bertumbuk  tepi jalan, hais xde keja. Sorang naik myvi sorang pulak Mini Cooper. Tah Mende sampai tergolek atas jalan.

Cuaca agak mendung berangin tadi, pastu hujannnn.. Masuk dekat kaunter pendaftaran 1 floor, nurse tanya nak jumpa doktor biasa atau pakar. Aku cakap pakar, then terus naik 3 rd floor reg dekat sini. Nurses kat sini comey lotey belaka. Hehe.. Dia bagi la senarai gynae, of course la aku nak doc pompuan, reg 3.30pm.. Almost 4.30pm baru panggil. Lama jugakkkk menungggu nie haaaa..

Pastu panggil Nama. Pfftt ingat nama aku tercicir. (Nak marah dah nie.) hewhewheww. Masuk bilik doktor dah senyum. Aku malu pulak. Segan oi first time kot jumpe gynae. Pastu cerita la ape yang berlaku. Potpetpotpet.. Blablablabla.. Point dia irregular period. Hehehe. Lupa nak citer nama doktor nie. Nama doktor pakar nie Dr Che Hatikah bt Che Hanafi (Obs&Gynae)  Baik, lemah lembut, cakap macam mak2 kite la. Hehe. Siap check up.. Lepas tu doctor suruh wat UPT. Siap UPT. Doktor suruh baring atas katil. Sebab nak check dalam plak camne. Kena salin seluar. Atoiiiiya Malu giler. Dah siap baring aku tengok la doktor pegang alat panjang. (TVS) Hahaha. Dia letak cecair dekat batang..lepastu bubuh kondom. Xnak bagi kotor kot sebab aku bleeding lagi. Ya ampun, lutut punya tutup rapat siap mengigil ag sebab Malu. Dah la sejuk kemain. Doktor siap cakap, suruh cool rilex. Orang nak tengok kite punye, ko giler xmalu. Huhu hihi TVS ini ialah, scan untuk tengok kite nie ade telur atau tak dan berapa biji telur yang ada. Dinding rahim tebal ke x.. Ade masalah ape..Ape je boleh tengok.


Ghuper TVS.



  Procedures


Tengok dekat screen monitor tue, doktor bagitau rahim aku bentuk puah pear. Kecik je. :D Alhamdulillah normal. Lepas tue doktor tunjuk keadaan dalam belah kiri rahim, nampakla satu cyst kecik je. Doktor cakap normal buat masa skang sebab kecik. Mungkin akan pecah untuk period akan datang. Atau mungkin membesar masih belum dapat dipastikan. Lepastu tala pulak ke rahim belah kanan aku.. Tue lah tempat yang sakit sangat. Doktor kata ada nampak bengkak sikit. (Tangan aku pulak dok kalut tarik kain putih takut doktor tengok tutttt) Malu ooooooo.. Doktor jugak cakap rahim aku tengah tebal skang and ade telur satu. Dah bleeding so nak buat camna :p

Lepastu, doktor masukkan ape tah pulak..aku nampak la sesuatu bentuk panjang. Suruh aku rilex sekali diJACK nye kat dalam. Terangkat kepala aku. Huhuhu sakit nak giler. Dia check sekeliling, Alhamdulillah normal melainkan cyst kecik satu tue jela.. Dah siap sume aku salin pakai Seluar balik.. Phewwwwwww..

Aku duduk di kerusi mengadap doktor. Doktor cakap xde masalah, insyAallah. Melainkan bengkak skit and cyst kecik je. Aku nie maybe stress atau hormon Kacau sikit je. Aku nak tau dah tue kenapa bleeding lama sangat. Then doktor syorkan aku buat blood test kerana aku explain aku sakit perut senak tak henti2.. 

Doktor bagi beberapa jenis ubat. Macam Biasala untuk stabil hormon DUPHASTON ambil direct 3minggu then stop. Nie rupa dia. And TRANEXAMIX ACID untuk kurang kan kesakitan aku.





Doktor bagi date untuk next appointment untuk tengok hasil blood test dan tengok keadaan cyst aku camne. Siap buat blood test dekat lab. Terus ke kaunter ambil ubat. Bayaran hamboiiiiiiii  kata suami aku 'mekelan tekak dengar kena bayar bape' huhuhu..

Ok tue jela takat arini. Nanti next appointment aku update pulak. K tadaaaaaaaa

Tuesday, 29 October 2013

slowly fading away?

Why do things never seem to go right for me?
Why am I always made to feel so wrong?
Why am I always betrayed?
Why is it always by the ones I love?
Why can't someone just see me for who I am?
Why am I always alone?
Why do I never seem to be good enough?
Why can't I seem to find 'the one'?
All these question I have hope will be answered one dah.
Then I won't have to always be asking.

WHY?

lonely lover.

Sunday, 13 October 2013

Just Like Seasons.. People Change :'(

Hope keeps girls alive. This is the absolute truth. But I am tired of living only with hopes. Only if I had more will. I am week.. I am very weak and tired. Tired is the right word for what I felt just now. I often used the expression 'I am sick of this' but that is not true. It just sounds louder. It sounds like a whiplash. 

But the truth is that I am infinitely tired. I am tired of lies, of cheating , of bluffing, of hot tempered, of sweet talking, of jokes, of bragging, of screaming, of yelling even of relationship. But love made me weakest. It is as if it sucks my blood, melts my anger.

Maybe love is something sent to me from Allah, because it really makes me a better person (yeah I know I am not) 

But I cannot be with love. And what is love really (this word is even uncomfortable to write here). Love is to listen to the bird songs, but the music in your head is much better. To feel the sun burning your skin. But to know that your heart is warmer. To understand how big the sea is, but to know your heart can hold two thousand seas like that. To breath in the clear mountain air and again to know, that your heart is purer. Because you love. Because you adore. Because you want. Because you like. Because you need him. 

The object of your desires doesn't even suspect how much he has given you, even when he doesn't care about you at all. So that is the reason people who say that unshared love kills, are not right. Jyeahhh, not right!

It is beautiful to love. Not someone but to only love. Your heart overflows, fills you up. It is as if you are ready to fly away with the lightest breeze and to run on the grass. Not bending or harming even one stem. 

I feel almost the same way now, but I am bad.  Because I am unable to love LOVE itself. There is a place in my heart for friends, families, animals, the world, the whole nature..and my mom :') .. But without a doubt some idiot (from the opposite sex) takes the leads.  And he serves me with a seat on the front row of 'goodness' (hell no). I hope u choke on every word you spoke to people.

This isn't just a joke or a silly word. Thank you. Nevertheless, blessed and contented. Thank you Allah. 



Friday, 27 September 2013

Haid dua Kali sebulan adakah normal?

Hai guys. Lama tak update blog. Banyak benda nak gtau, tulis sikit lepas tue save berbulan2.. Banyak entry save ikat kain kuning dibiarkan begitu sahaja. Hehehe.

Entry nie aku rasa paling penting nak share sebab aku nak tahu pengalaman, keadaan, langkah ape yang korang ambil untuk atasi atau biarkan ianya begitu sahaja. 

Hmmm, camne nak start tah. Okeh camni, pada 10.09.2013 aku datang bulan. Agak terkejut sebab kalo kira awal 8 hari dari bulan lepas. Period datang normal sebab jelas dan nyata ciri2 darah tersebut. Selesai period pada 14.09.2013. Yakin dah habis dan kering darah aku mandi wajib laaa.

Rabu lepas 25.09.2013.. Rahim punya le berdenyut semacam, pinggang nie bukan main sakit rasa nak patah, hilang selera makan aku.. Lepas tue ade red spotting pada pantyliner. Of course darah laaa.. Dia punya sakit mengalahkan period pada awal bulan tue. Aku ingatkan spotting jek. Sekali darah tue dah macam air terjun. Jadi aku simpul aku dah period dua kali sebulan. Ciri2 darah tue warna merah, cair dan tidak berketul. Berlarutan sampai la sekarang 28.09.2013.

Takde pulak aku ambil ape2 pil nak suruh haid datang ke. Pil perancang atau sebagainya. Benda nie buat aku takut. Even nak pergi hospital buat check up rasa seram sejuk nie.

P/s: for your information, nie bulan ke dua aku datang period 2kali selepas bulan lepas. Bulan lepas pergi klinik dan check up. Doktor cakap, could be my ovulation. Then bagi ubat berhenti haid. Tapi aku xmakan pon takut bagi effect dekat badan.

Persoalan aku skang;

1. Normal ke bagi perempuan datang haid 2 kali sebulan?
2. Kalau tak normal apekah penyebabnya?
2. Period 10.09.2013 lepas dikira period ke? Yang 25.09.2013 pon kira period jugak la kan?

Korang boleh share dengan aku ye. Thanks. :)

Saturday, 7 September 2013

Japanese Cotton for Sale :D


Kain Cotton berkualiti tinggi (Japanese Cotton)


3.5 meter.. Bidang 60..
Boleh buat baju kurung sehingga saiz XL.


RM65 termasuk pos 1 Malaysia..

 PAISLEY
 PINK FLOWERY
 SWEET LIGHT REDFLOWERY
 BLACK AND WHITE ABSTRACT
 BROWN FLOWERY
 PAISLEY
 LIGHT GREEN FLOWERY
 ABSTRACT 
 FLOWERY
 WHITE BLUE FLOWERY

CLOSE- UP


Berminat boleh email:  senoritasuri@yahoo.com
No. Telefon: 010 3715605
Facebook: shopflirt

Thursday, 27 June 2013

ALADDIN PANTS selesa trendy dan colorful :)

hi guys. Assalamualaikum :) jom tengok Seluar Aladdin yang selesa trendy dan colorful. Diperbuat daripada 100% fabric rayon (lembut, tak panas dan selesa sangat ) . Free saiz - fit to L . banyak pilihan. untuk lebih lanjut boleh scrolling down sampai bawah. :)



*
*
*


*
*
*


*
*
*


*
*
*


*
*
*


*
*
*


*
*
*


*
*
*


*
*
*


*
*
*


*
*
*


*
*
*


*
*
*


*
*
*


*
*
*


*
*
*


*
*
*


*
*
*


*
*
*


*
*
*


*
*
*



Tamat! hehe..
boleh sms to purchase :) 0103715605
atau emel : senoritasuri@yahoo.com 

tqqqqqqqqq.. :)