Blogger Templates

Thursday, 29 March 2012

R.I.N.D.U



Jari jemari menari laju dihamparan keyboard dipagi sunyi lagi hening ini. Menulis pasal rindu bukanlah bererti rindu. ( ok bohong, saya rindu MNA :P )

Rindu itu terasa bukanlah disaat kesunyian. Rindu itu terasa bukanlah juga apabila memerlukan. Rindu itu terasa bukan juga kerana perlukan apa-apa. Tetapi rindu itu hadir kerana perasaan sayang dan kasih kepada seseorang. Perhatian bukanlah kerana perlukan 'perhatian'. Because caring is loving. Andai tak mampu untuk mendengar walaupun secebis untaian kata, mana mungkin kamu mengharapkan orang lain memahami kamu? 

 Dulu terasa cinta itu hadir apabila saling memerlukan. Tapi dengan peredaran detik dari minggu ke bulan sehingga ke tahun, it has changed. Honesty is love. Yeah, bilamana cinta itu palsu andai penipuan menjadi dindingnya.  Kejujuran menjadikan perasaan ini semakin menghargai pasangan. Kejujuran menguatkan perasaan yang tersedia tersimpul. 

Bila terlalu menyayangi pasangan, bukanla peluang pertama atau kedua yang dipertaruhkan andai tercetusnya khilaf. Tetapi, mengharapkan agar pasangan berubah..bukanlah menjadi yang terbaik mahupun yang sempurna. Cukupla sekadar jujur dalam melontarkan kata-kata, saling menjaga maruah walaupun dimana jua, seberapa jauh jarak yang memisahkan. 

Mengharapkan hanya sebelah pihak berkelakuan jujur, menjaga diri, tidak curang bukanlah cara yang terbaik dalam sesuatu perhubungan. Keadaan ini membuatkan hubungan tidak kemana ibarat retak menunggu belah. Simbiosis. Saling melengkapi antara satu sama lain dengan ikhlas dan percaya.

have a good day ahead peeps.

Monday, 5 March 2012

bisik hati '♥ ♥♥♥♥ ♥♥♥'


dia tidak indah dimata
tatkala jauh sentap hati tak keruan

dia tidak menggentarkan batin
tapi dia sentiasa membuat jiwa bergelora

dia tidak selalu ada disisi
tapi dia selalu bernafas dihati kecil ini
sentiasa..




credit to: OR2

Thursday, 1 March 2012

KELANTAN DARUL NAIM


Di negeri miskin itulah,
Jual beli dihentikan bila azan berkumandang..

Di negeri miskin itulah,
Selebriti wanita popular tanah air bertudung ayu..

Di negeri miskin itulah,
Berebut ibu ayah mendaftar anak di Maahad Tahfiz Sains..

Di negeri miskin itulah,
Diperkenalkan sistem gadaian Islam Ar-Rahnu menolak riba..

Di negeri miskin itulah,
Kerja 5 hari seminggu mula berkuatkuasa..

Di negeri miskin itulah,
Hari Jumaat dijadikan hari menuntut ilmu agama..

Di negeri miskin itulah,
Cuti bersalin mula ditambah dari 40 ke 60 hari..

Di negeri miskin itulah,
Elaun Menteri Besar dipotong utk Tabung Serambi Mekah..

Di negeri miskin itulah,
Amalan memberi cenderamata kpd pemimpin dihentikan..

Di negeri miskin itulah,
Waktu bekerja pd bulan Ramadhan dipendekkan..

Di negeri miskin itulah,
Iddah diberikan khusus kpd kakitangan wanita yg kematian suami..

Di negeri miskin itulah,
Tak mungkin sekali kelihatan pawagam dan tempat hiburan..

Di negeri miskin itulah,
Papan tanda cara menjaga aurat ditayangkan..

Di negeri miskin itulah,
Peringatan waktu solat di sepanjang jalan..

Di negeri miskin itulah,
Ramai org mengenal mula mengenal tuhan..

Di negeri miskin itulah,
Lahirnya tokoh2 islam terkenal..

Di negeri miskin itulah juga,
Saya dilahirkan dan dibesarkan..

I ♥ kelate
I ♥tokguru
I ♥ kelate darul naim 

Nukilan: Ustaz Mohd Solehi Ali
               Graduan Anok Kelate UKM
               Bekas Timb. Presiden PERDANA UKM




'sometimes people don't want to hear the truth 
because they don't want their illusions destroyed'  

 

Tuesday, 28 February 2012

how well do you really know me?

Assalamualaikum. :D

Hi guys, readers, beautys and hensomes. ( eceeeh bajet glemer.hahaha)  How are you? Hope doing well. Lama sangat tak update blog nie, almost 2months jugak la. Bukan malas, kekadang wifi lembab laa, busy dengan kelas laa. Nak jenguk fb pon dah rasa tak lalu. Aku rasa cukup laa 4tahun jadi hamba mukabuku, takde faedah. Biar laa mereka sahaja yang jadi pengguna setia mukabuku.  Just being silent reader and browsing kalo rase ade mood. Tue pon kejap je.  Dah bersawang kerawang bagai blog nie haaaa..meh nak clearkan sket.. kih3.

 Lately, cuaca sangat la tidak mengizinkan di UUM SINTOK tersayang nie. Mungkin negeri-negeri laen pon sama kowt.. Siang cuaca panas terik, seram nak jalan keluar. Tambah-tambah semesta nie aku dari DKG2/1 bergegas ke DP A.2 kat COLGIS. Pastu petang pulak asyik hujan dengan lebatnya. Dalam konteks Geografi ‘hujan perolakan’. Hehe.  Nak buat outdoor activities pon sangatla tidak syiooook. Semesta nie aku dah sem 6. Dulu masa abah datang hantar ke UUM masa July 2009, terasa ya ampun 3tahun. Lamanya 3tahun, mampu ke bertahan? (maklum laaa dulu malas dah nak belajar :P) tup-tup pejam celik, tido, bangun, makan.. dah masuk tahun tiga dah. Cepatnya masa berlalu.. dari umur 20, sekarang dah......... otw 23. J ohsemm nyer aku..haha


Dulu masa kecik ke zaman remaja.. (haha bajet sekarang nie macam tua sangat laaa..) tak payah dok laju-laju nak fikir pasal duit, makanan, pakaian, nak pergi mana, buat ape. Sume macam best je. Kawan-kawan sekeliling sangatla memahami. Tapi bile dah besar, takde la besar.. melepasi alam university selama tiga tahun nie dah cukup banyak mengajar aku pasal kehidupan. Yeeaah so true. Banyak sangat yang dikutip. Terlalu banyak yang melekat dijiwa dan sangatlah terkesan. Dulu pendapat dan prinsip ‘sayang dan cinta hanyala pada yang satu’ but now everything has changed. Sesiapa sahaja mampu memiliki cinta dan sayang kerana cinta sayang bukan laa satu bentuk jaminan yang pasti.  Dulu masa sekolah menengah, nak makan ape, nak beli pakai ape. Sume mintak kat mak, hulur tangan kompem dapat. Sekarang pon mintak lagi sebenarnya. Tapi sekali bila masuk duit PTPTN, nak guna pun sayang. (alasan: takut habis katanya students..he3) baru terasa camne susah parents cari duit nak besarkan kite. Even aku pompuan, Ya Allah malu tersangat laa jiwa raga nak mintak duit dari parents. I don’t know why. Hurmmmmm.Kadang-kadang ade orang kata aku nie passive. Did you really know the real me? I guess NO.
  • Mampukah tersenyum disaat hati terluka?
  • Perlukah berkata-kata kalo ape yang nak dikata adalah omong kosong?
  • Haruskah bercerita masalah/problem/sedih/duka kita kat orang kalo feedback adalah negative?Contoh macam kena marah ke? Kena perli sakan ke?
  • Harus ke masuk butik coach kalo duit ade RM10? (peribahasa paling sesuai kowt..hahahhahaa).


Mungkin luaran orang tengok centu, sape tahu kepala otak akal fikiran sedang bersambung lingkaran memikirkan masa depan. Berfikir untuk menjadi seseorang. Bukanla berimpian bermimpi untuk hari esok sebab berangan tanpa usaha bagi aku adalah orang yang gagal. Mana mungkin orang kata aku takde masalah, tak payah serabut-serabut fikir nak buat ape, pergi mane, esok nak jadi ape, lusa mungkin berubah jadi lain. Mane korang tahu. Korang tak tahu pape pon! haaa lagi satu, Kalo orang dok bercerita pasal sesuatu, tambah-tambah benda yang aku tak tahu, tak pernah dengar. Harusla aku diam dan menghormati orang lain. Kekadang aku diam bile aku terasa sangat laa geram, tak suka, nak marah, benci dengan seseorang? Sesuatu? Pendapat? Tapi professional itu harusla dalam melayari proses perhubungan tak kirala samada kawan, rakan, family, kekasih even musuh sekalipun.


I don’t wish to be everything for everyone. Because i am not prefect.  Yang pasti sangat laa tidak berduit, tidak berkerjaya, masih menghabiskan sisa-sisa pembelajaran, masih mengharapkan duit dari parents.  
No job, no car, no house, no money -------à no talk. That’s why me being passive. ‘Maybe’. Down to earth. K

Berkongsi kegembiraan itu harusla bagi aku. Tak payah nak menyusahkan orang lain dengan masalah sakit sedih kita. Mula-mula mungkin orang tumpang sedih, lama-lama mungkin meluat? Sape tahu kan?. yang pasti kena berusaha. berjaya atau gagal bukan dalam tangan kite.

k.laa guys, dah kelewatan ketiduran sangat nie. mintak diri nak berkelana ditilam empuk bertemankan bantal mucyuk kesayangan aku. lagi musyuk masyam lagi aku lena tido..haha.. have a great day. see yaaaaa....

Allah swt did not promise that life would be easy but 
He did promise to always be beside you in every step of your life


J 

Thursday, 5 January 2012

..page 5 of 366..


Haluuuu guys.. J

Sihat? Xsihat?pening fikir pasal final exam? Goodluck yer korang. Aku pon tengah exam jugak skang. Nasib baik la paper tidak menyusahkan. Thanks alot to all lecturers sebab banyak membantu walaupun die tahu student die nie malas.hihihi. Tak sabar nak habes exam. Nanti  boleh spend time with love at JB. Singapore? Maybe. :D semester nie xder laa teruk sangat. Everything goes smoothly. Tinggal lagi satu semester sebelum praktikal. Owhhh heaven!

Sedar tak sedar dah dekat seminggu 2012 menjengahkan? Cepat betol masa berlalu. Sedar tak sedar ramai kawan yang dah nak mendirikan masjid. Tahniah untuk korang. Moga menjadi isteri dah suami mithali. Pastu tiap-tiap hari banyak jugak laa pertanyaan bila pulak turn aku nak kawen. Alahaiii watpe nak bising2 kan? Umur baru 23# ehhh bukan 22. >< belom tahap andartu untuk dirisaukan. Haha. Kekadang rimas jugak bila ditanya. Tapi no hal laaa..kawan tanya maknanya dorang prihatin sal kite kan? J

Kalo orang tanya aku nape tak kawen lagi. Jawapan standard chartered: belom sampai seru :LOL:

Okey bye.malas nak menulis panjang-panjang. Tulis untuk exam pon tak panjang macam nie. Haha. Sayonara. 

Sunday, 1 January 2012

::quotes for you::

i keep thinking of how much i love you
how good you look when you smile
how much i love your laugh
i day dream about you off and on
replying pieces of our conversation
laughing at funny things that you said or did
I've memorized your face and the way that you stare at me
i catch myself smiling again at what i image
i know one thing for sure..for once
i don't care..i cherish every moment i have with you 


i love you in the morning
in the middle of the day
in the hours we are together
and the hours we are away.


#sayang awak#

Sunday, 4 December 2011

wish you were here

am I mad at you?
that's your main concern after shattering my whole world?
mad for what?
breaking my heart?
or for all the lies?
or for all the ignorance?
maybe for letting me put all my trust 
in you only to be betrayed?
how about the fact you didn't even the decency
to tell me to my face?
or the way you think it's crazy that i'm crying over it
cause to you breaking up my heart is no biggie deal?
If you gonna make me cry
at least be there to wipe away the tears

am I mad at you? no.. more like CRUSHED
did I ever really know you?