Amaran keras: entry ini panjang 5 meter. :)
credit to: google images :)
Assalammualaikum dan hai guys. Lama x update. (Malas/rase tak ade ape nak share)
(Ade ke yang baca blog nie masalahnye. Hahaha *perasan* )
Eh? Bapak gempak tajuk entry. Haha.. Tapi Alhamdulillah, rezeki Allah dah tentukan. Cepat atau lambat. Esok lusa sekarang, kita tak tahu ape nak jadi.. Cewaaaaaahhh.. Hihi
Aku tak minat sangat nak buat pengumuman "Saya sudah disahkan mengandung! Menangis kegembiraan" sebaik sahaja dapat keputusan positif di alat UPT di FB atau di blog atau di mana-mana. Tidak salah membuat pengumuman seperti itu, cuma aku rasa bukan manusia jenis itu. Mane boleh share, share. Mane rase p&c, simpan dalam kocek. :p Emosi yang aku rasa berlainan. First orang aku call adelah my mom dekat kampung. (Seronok almaklum first time bakal jadi grandma hehe ).
Our Approach on Having Our First Baby
Aku dengan husband bukan pasangan yang terburu-buru untuk mendapatkan anak. Tak bunting pelamin pun takpe. Sejujurnya, kami tidak kisah menunggu setahun untuk mendapatkan anak, cuma kami tidak membuat apa-apa perancangan. Kami berserah sahaja kepada Allah untuk menentukan masa yang Dia rasa paling sesuai untuk kami menjadi ibu dan bapa. Bak kata orang tua-tua "Give yourselves six months to know each other first". Lagipun aku rasa belum bersedia secara mental, ilmu belum cukup untuk jadi seorang ibu. Jadi isteri pun masih terkedek-kedek, apatah lagi seorang ibu (padahal umur dah 24 tahun, sedarlah suri oi, kau bukannya muda lagi). Hasrat di hati mahu berdua-duaan dengan suami dahulu. Mahu melancong ke sana-sini dahulu. (Baru je survey ticket flight ke London next year.. Dalam mimpi jela nampak gayanya.. Kuang3) Tapi, Allah maha mengetahui.
Sebenarnya aku tak sangka aku hamil (padahal dah nikah 9 bulan huk3) . Tambahan pula, haid aku memang tak teratur. Sangat ting tong. Kejap sebulan 2x, kejap macam nak datang tapi tak datang pun.. Kejap banyak hari, kejap sehari dua je. Jadi, aku memang tak ambil tahu bila waktu subur, bila tak. Aku dah lewat haid 3 minggu pon aku tak tahu. haha. Jadi memang berserah sahaja.
"When you're pregnant, you just know"
Pernah dengar ayat ini? Tak kisahlah pernah atau tidak, tapi bagi aku, ayat ini memang ada kebenarannya. Mula-mula, terdetik kat hati yang "aku ni hamil agaknya". Ya, memang terdetik selepas aku rase sakit pinggang, breast rase sakit perit dan cramp bahagian peranakan wanita. Tetapi bagi aku, pening kepala, loya dan muntah-muntah adalah normal sebab aku ade penyakit migraine dan metabolisma yang tinggi. Jadi aku cepat lapar dan perut cepat masuk angin. Bila perut masuk angin, mula la suruh suami beli pil herba cina tue., terutamanya di waktu pagi. Memang haid lambat, tapi bagi aku, itu juga normal. Kadang kala aku sehingga dua bulan tidak datang haid. Jadi, memang aku bergantung kepada gerak hati.
Bila terdetik di hati macam tue, aku ade teringat yang dalam 2 minggu selepas haid terakhir, ade bleeding. Tetapi warnanya lain, agak kecoklatan. Dan ia cuma sedikit tompokan, dan keluar hanya sekali. Masa itu aku sangka mungkin haid yang tidak teratur, datang 2x sebulan pulak dah. Tetapi rupa-rupanya ia adalah implantation bleeding. Cuma masa itu aku tidak tahu. Naive betoi. Hihi Selepas terasa diri ini hamil, baru teringat balik. Kemudian aku ade chat dengan kawan dekat fb merangkap bff.. "Sakit perut nie, tapi dah dua bulan tak haid'. Dia siap suruh aku jaga makan, sebab ade jugak orang peknen takde alahan pape. Macam kawan die..tup2 dah dua bulan. Hihi (masin mulut ekau)
Nak dijadikan cerita.. Jeng..jeng..jeng.. (Suspen tak? Haha)
02.12.2013
hari konvokesyen aku. Sesi pagi. Sume kawan tegur badan aku berisi, ade yang siap gosok perut kata ade isi ini tapi sembunyi2 ek? I don't really like orang sentuh my belly actually. Huh! Masa konvo tue..hujan..nasib la dah selesai dalam tengahari hujan dah berhenti. Balik umah malam masa nak tido ahhhhhh rase seram sejuk badan nie. Nak demam la kot sebab hujan.
03.12.2013
Pagi nie aku g UUM pukul 10 pagi. Konon nak photoshot sebab semalam tak sempat terus balik rumah. Camne nak amek gambar. Orang ramai sangat. Penuh luar dalam. Dah macam ombak orang. Photoshot kejap, hujaannnn. Pegi makan dekat DPP MISC. Lupe pulak, aku dengan effa dan jugak reen. Siap makan pegi la photoshot dekat stadium mini, pusat sukan dan pintu gerbang UUM. Tak boleh nak lama2.. Hujan dari pagi sampai ke malam. Malam nak tido, rase demam sebab kena hujan la kot. Konon-kononnya.
04.12.2013
Rase malas giler..suami siap cakap aku nie malas. I admit it. Rase malas giler. Petang aku g UUM lagi, sebab nak cop pengesahan uni, nak beli keta cheq oi.. Dapat la graduate skim. Huhu untung la sikitkannnn.. Sempat lagi aku lari, hujan kot. Takkan nak lenggang kangkung dalam hujan. Ye dak? Masa nie pegi sorang je sebab asben kerja.. Masa on the way balik, tetiba hati tergerak nak pergi klinik sebab aku rase nak demam, sakit pinggang, sakit breast, kembung perut macam berangin je, dengan keputihan punye la banyak..
credit picture to: myself hihihi
Daftar dalam 5 minit nurse panggil nama. Aku pon explain la dekat doktor aku sakit perut nie rase kembung semacam je. Owh cite jugak dah overdue period. Doktor suruh buat UPT. Dalam hati aku, buat je lah dah alang2 datang sini. Tungggggggggu tak sampai dalam 2 minit nurse cakap 'two stripes, positve doktor'. Aku suruh nurse ulang, sebab tak caye oooooo..doktor amek UPT tunjuk dekat aku.. Aku tak caya jugak.. Aku siap amek UPT dari tangan dr. (Punye excited tapi tak caya) hehe.. Doktor kata tak boleh scan sebab aku dah kencing dan rahim kosong. Kalo scan tak nampak jugak. Doktor suruh datang esok untuk scan. Puasa kencing. (Macam2 doktor nie..hehe) so ubat yang doktor bagi hanyalah asid folid dan vitamin sahaja.. Aku rase my tiny dot nie around 5-6weeks kalo ikutkan last period aku bulan 10 haritue. Hhihihihihi
Konon nak buat surprise dekat suami, hati tak tahan.. PM la dekat inbox fb suami gambar UPT..
Reaksi suami? Sama jugak macam aku nie haaaaaa. Terkejut dan tak terkata apa. Yang sebenarnya, dia tak tahu pun macam mana nak baca UPT tu. Lepas aku terangkan barulah dia cakap "Oh, ok". Suami buat keputusan nak g check up dekat hospital. Sebab masa g klinik pegi sorang.. Nie die pon nak tengok jugak.. ( hahaha seronok aihhhh)
Suami decide nak pergi esok atau lusa hospital. Ok kite tungguuuuuu saje.. (Nanti aku update lain okehhhhhhh)
Jangan keliru ya, kami gembira dengan berita ini, cuma terkejut sahaja. Jadi rasa teruja tu datang lambat sedikit. Kami amat bersyukur dengan kurniaan ini. Dalam hati risau, bolehkah aku jadi ibu yang baik, sudah bersediakah diri ini? Sebenarnya sudah, cuma aku sahaja yang tidak tahu. Yang tahu cuma Allah sahaja, dan Dialah yang mengetahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
Dah penat karang.. Baiiiiiiiiiiiiiii..