Blogger Templates

Saturday 13 September 2014

Pengalaman Bersalin Normal - ALISYA NADHIRAH

Assalamualaikum wbt, (dah habis pantang, yeay!)

Dear bloggerous,

Lama juga nak start entry yang satu ni, salah satu sebabnya bila dok ingat balik saat dan waktu nak melahirkan Alisya Nadhirah buat kecut perut nih.. Haishhh!!! By the way, aku melahirkan Alisya secara normal. Entry nie sekali harung kira panjang gak la. Harap sudi baca sampai habis. :p

Waktu ni dibulan puasa, ada lagi 4 hari lagi nak sambut raya. Ikutkan due date jatuh 7 Ogos 2014.  Doktor memang dah bagitau awal-awal harap baby keluar sebelum raya laa, atau sebelum due sebab kalo lambat sangat doc akan induce sebelum Edd sebab aku ade GDM (diabetes untuk ibu mengandung). Semua pun sedia maklumkan, kalau dah hari raya tu confirm ramai yang cuti, hospital pun lengang. Setiap minggu check up tu memang selalu cakap-cakap dengan anak biar keluar awal. Jangan hari raya nanti semua orang kelak kabut! Waaaaa.. memang lepas dari jumpa doktor tu tiap-tiap masa dok pujuk anak dalam perut, cepat laa keluar.. cepat la keluar baby, nanti mommy upah susu ehh.. Hehehe. Alhamdulillah Alisya keluar awal 2 minggu dari Edd yang doc bagi.  

So, cerita die camnih..
.....................................................................................................................

24 Julai 2014 (khamis)

05.00 am

Lepas sahur, elok baring kekenyangan bergolek baik punya kat atas katil sebab sakit pinggang dan baby asyik mengeras je. Dah golek-golek terus tido. Punye la pulun tido sampai pukul 10am! Haha kebetulan hari nie memang aku ade weekly check up (38 minggu) dengan Dr Lily Fariza dekat KBMC 11am. Yeah! Memang plan nak bersalin dekat KBMC pun. 


10.30 am

Dah siap-siap dalam 10.30am aku gerak dari rumah. Memang tiap minggu check up aku pegi dengan mak aku.  Aku drive okeh. Masih mampu drive sorang-sorang walaupun sakit pinggang. Nahhhh aku selit perbualan dalam kereta dengan mama.

Aku.   : iskkkkkk raso sakit pingge la. Baby pon dok ngeras jah nie. (Sambil tangan sebelah pegang stereng) (tangan lagi sebelah dok sendal belakang sebab sakit and rase lenguh-lenguh)
Mama : kalo ma la..kalo sakit pinggang tu maknanya dah nak dekat bersalin dah.
Aku.   : ehh tak kot ma. Kan due lagi dua minggu..
Mama : memang la. Mane nak tau kot baby nak kuar harini. (Kemaaaaain masin mulut mak aku!) Bawak baju baby saje. Baju die tak letak skali dalam keta. (Usahkan nak letak dalam keta, beg baju segala pon aku belum kemas lagi) huhuhu sorry ma. Love you..

11.00 am

Sampai je di KBMC aku terus pegi daftar. Ramai jugak orang check up perut harinie. Aku punye turn no.7. Dok layan tv dekat setengah jam jugak baru nama dipanggil untuk check air kencing dan timbang berat badan. Overall, kenaikan berat badan aku semasa mengandung hanya 10kg sahaja +-. Last berat badan 65kg. Lama jugak tunggu nama dipanggil sebab sambil check up orang sambil Dr. Lily berkejar masuk LR sebab nak sambut baby. Lepas tu aku dengar nurse kata harini doc nak amek patients sampai 2pm sahaja sebab 2pm nanti die kena masuk LR. Sebab ade nak kena c-zer ibu mengandung jugak. Dekat 01.30pm baru nama aku dipanggil. Nasib la mama aku pon sabar je tunggu walaupun mengeluh sikit harinie paling lama tunggu nak jumpe doc. Huhu. (Sorry mama, love you..)


01.30pm

Baru nama dipanggil. Masuk bilik doc. 

Doc: camne harini suri? Ade rase pape tak? (Sambil die check BP aku)
Aku: rase macam tak sihat sangatlaaaaaa doc. 
Doc: rase tak sihat camne tu? (Sambil doc tulis dalam buku pink aku)
Aku: dari sahur tadi lagi dok rase sakit pinggang sajo.
Doc: baby gerak ok?
Aku: baby lately macam kurang gerak la. Risau sebab asyik mengeras je.
Doc: haaaaaa mengeras tu orang panggil cemu. Baby nak keluar dah kot. Lagi pon BP awak nie agak tinggi jugak nie 134/91. Meh kite scan dulu tengok camne.

....................................................................................................................

Doc: ketuban ok. Berat baby pon ok dalam 3317gram (kecut perut aku sebab macam cepat je baby membesar)  (Lepas tu doc terkejut).. ehhh kepala baby nie memang dah fully engaged ni. Kite buat ve ok?. (Ve tu vaginal exam ye untuk bakal mommy sekalian. He3)
Aku: ok.
Doc: (sambil terkejut gittew)  awak punye bukaan nie dah 4-5cm dah ni. Baby nak keluar dah nie. 
Aku: aku diam dalam hati seronok. Yelah kejap lagi nak jumpe baby kan. Haha


Lepas tu doc gtau nurse suruh siap kan LR then aku kena masuk LR terus!


Doc: Puasa tak harini? Barang baby and ibu bawak?
Aku: Puasa. Barang baby bawak. Barang saya tak bawak la sebab ingatkan lambat lagi. Ngeeehh
Doc: ok nanti suruh ma awak balik ambil atau beli kurma dengan air zam-zam. Tak boleh makan banyak dah nanti dekat bersalin. 


Lepas tu aku keluar gitau mama yang dah nak bersalin ni. Mak aku berleter sebakul sebab sebelum datang hosp tadi die dah suruh bawak barang aku terus. Tapi aku tak nak. Nampak tak cemana degil aku? Hihi. (Sambil berjalan naik tingkat dua, LR KBMC di tingkat 2 ye sayang sekalian)

02.00pm

Aku masuk LR. Wahhhh seronok, besar sejuk dan selesa. Ha3 gile tak aku? Gile la sebab masa nie tak rase sakit ape lagi walaupun dilation dah 4-5cm. Nurse bagi aku persalinan baju pink dan selimut merah.


Aku: Baju je? Seluarnye mane? (Blurrrrr tak aku? He3)
Nurse: Baju sahaja ye and buang bra skali. Kalo pakai seluar nanti baby nak keluar kot mane? Hahaha. Sambil gelak2. 
Aku: Dalam hati (pandai nye buat lawak. Lawak sangat) haha


Mama balik kejap sebab nak amek barang aku, buah kurma dan air zam-zam. Sambil tu aku whatsapp semua family members yang aku dah dalam LR dah nak bersalin. Tak boleh nak whatsapp lelama sebab phone out of batt. Dalam masa 15minit Dr. Lily datang, sebab nak cucuk nebula dan pasang CTG di perut untuk pantau jantung baby dan contraction. (Masa nie ade la rase contraction ala manja gitu macam kena gigit semut) aku baru tahu camne sakit contraction tu. Yelah, first timer. Mane la ada pengalaman.

Dah siap sume, aku mintak air dengan nurse sebab dahaga sangat. Nurse baik, die bagi aku minum milo. Suruh minum sikit tapi aku habiskan segelas. Dahaga sangat sebab awal tadi puasa kan.

03.30 pm

Mama sampai dengan mak teh. Hanya ibu dan suami sahaja yang boleh masuk dalam LR. So mak teh tunggu kat luar. Mama terus bagi aku kurma dalam 3 biji dan aku minum 2-3 teguk air zam-zam sambil dalam hati tak putus baca doa Nabi Yusuff. Berdoa semoga Allah permudahkan, percepatkan, dan kurangkan rasa sakit aku ni. Sesungguhnya doa ini sangat mustajab! Mama bagi beg baby dekat nurse. Masa nie aku dok sembang dengan mama. Women talk. Ahakzzz. Contraction makin terasa tapi masih manja2 lagi sambil mama gosok perut, pinggang dan belakang aku. 

04.00 pm

Dr. Lily masuk untuk buat second ve. Alhamdulillah bukaan dah 6-7cm. Die bagitau aku dan mintak izin 'saya nak pecahkan ketuban nie ye'. Baik orangnya. Aku tengok Dr pegang sesuatu yang panjang macam straw tapi nipis dan agak keras. Tetiba dengar bunyi 'tusss' dan rasa panas air mengalir sampai ke bahu. Proses pecah air ketuban nie tak rasa sakit langsung, tetiba rase air je panas sampai ke bahu! Tak kena kepala sebab bantal agak tinggi.

04.45pm

Contraction makin dirasai. Peluh memercik. Aku tengok jam dah nak dekat 05.00pm. Aku panggil nurse suruh kuatkan aircond sebab aku terasa panas. Mama tak henti gosok belakang aku. (Oooooh ya, aku tak hitung bilang tanda pon kekerapan contraction tu. Lantak die laaaa kira tak kira nanti pon bersalin jugakk. Haha ) Nurse datang check water drip dan CTG. Kemudian die tengok aku berpeluh, nurse offer ubat tahan sakit. Ubat tu nama pentadine, untuk bagi rehat/lena. Bagi aku la, ubat nie tak kurangkan rasa contraction walaupun sikit tapi kite akan lena. Tak sampai sesaat nurse masukkan ubat, aku terus lena. Bile contraction datang aku terjaga. Aku lena dekat setengah jam jugak.


05.45pm

Aku dah tak senang duduk. Masa nie contraction makin mengganas! Aku tak tahu nak cakap camne. Orang kata sakit contraction dah nak dekat bersalin nie rase macam sakit senggugut tapi 10x lagi sakit. Dorang tipu weiiiii. Haha. Bagi aku sakit contraction nie ko rase sakit yang tak tertanggung berpuluh kali ganda. Sakit nye tak tahu kat mana. Rasa macam sakit pinggang, sakit belakang, sakit punggung bergabung. Tapi sakitnye tu tak tahu kat mana! Lidah kelu tak mampu berbicara.

Aku buat keputusan suruh mama tunggu kat luar sebab aku tengok muka mama pucat sangat sambil tangan mama masih urut di belakang dan pinggang aku. Mama tak nak keluar dari LR. Aku berkeras suruh mama keluar. Okayyy mama tak keluar tapi mama tunggu di sebalik tirai putih sahaja. Mama dengar suara aku mengeluh. Mama tak henti-henti suruh aku mengucap dan ingat Allah. Sambil aku tak berhenti membaca doa Nabi Yusuff. Sehingga aku tak mampu dan hanya keluar Allah..Allah..Allah sahaja dibibir mulut. Aku cakap kat mama 'this is between me and Allah, insyaAllah Allah Akan permudahkan. Mama tolong doakan saya dan halalkan segala makan minum saya'.

Aku tak nak mak aku tengok keadaan aku yang bertarung nyawa. Sebab nanti aku jadi manja dan lemah. Aku takut tak mampu nak push bile dah sampai waktunye.

06.30pm

Aku panggil nurse. Aku cakap rase sakit nie dah tak tertahan lagi. Tiap kali contraction aku sampai terkencing atas katil tu. Punye la aku rase lemas giler dengan alat CTG yang dok di perut tu sampai aku rase nak amek baling jauh, rase lemas gile. Aku tak nak suh korang bayang sebab memang tak terbayang dek akal sakit contraction dekat nak bersalin camna yang boleh buat sampai aku terkencing atas katil tu. Nurse panggil Dr. Lily dan doc buat ve for the third time. Dan bukaan dah 9-10cm. Doc pon cakap 'ok kalo dah rasa contraction datang awak dah boleh push anytime ye' ..

Kiranye tak payah tunggu full dilation. Kalo tunggu 10cm pon bukan sekali push baby dah keluar. So kiranye masa 9cm tu adalah proses belajar nak push sambil tunggu fully dilation. Aku gitau nurse aku dah tak tahan. Push tapi baby tak nak keluar nie. Nurse bagitau aku boleh. Ye boleh tapi aku manja kot.. Hehe. Aku selit sikit perbualan yang kalo teringat memang aku gelak sorang-sorang sambil dalam LR bising dengan suara nurse 2 orang dan doktor, kiranye 4 orang la termasuk aku.

Nurse: push sue push. Saya tahu awak boleh. Kepala baby nampak dah tu.
Aku: saya tak boleh nurse! (Sambil aku tengok lampu kata atas dan ye! Aku nampak kepala baby keluar masuk keluar sikit masuk. Allahuakbar!)
Nurse: push sue kuat lagi. Awak kata tadi nak milo kan? Lepas awak push kite bagi milo
Aku: tak nak milo. Sakit.
Nurse: lepas tu awak nak ape? Awak mintak nasi tadi kan? Ok kite bagi nasi.
Aku: nasi pon tak nak..
Nurse: tak nak takpe tapi awak kena push sekuat hati kepala baby dah hampir kuar
Aku: saya tak nak push sebab sakit sangat!

Ehhh sambil aku push boleh lagi aku sembang dengar nurse! Haha.. Camne cakap tak nak push tapi sedang push jugak. Huhuhu. Sambil aku push tetibe aku rase 'tap' ok. Doc buat episiotomy sebab tak nak bagi koyak . Serious masa doc gunting tu aku tak rasa sakit langsung. Rasa sakit bersalin mengatasi rasa kena gunting tu beratus kali ganda!

Aku pegang tumit kaki kuat2 sambil nurse tekan dipinggang tak mau bagi angkat punggung sebab nanti takut akan koyak rabak. Baik nurse kan? Aku push sekuat hati sambil sebut nama Allah dan aku rasa  kepala baby dah keluar! Push kali kedua tidak sekuat push semasa kepala baby keluar dan aku rasa sesuatu yang panas meluncur laju keluar! Sambil mulut mengucap Allahuakbar berulang kali. Sesaat baby keluar, kesakitan yang aku rasa tadi hilang terus melayang entah ke mana. Nurse amek dan terus letak didada aku 'skin to skin' aku cakap Assalamualaikum sayang.. Sebelum baby dibawa Oleh nurse untuk diukur panjang, timbang berat dan cuci badan baby.

Aku sempat jeling tengok jam dinding dan ye jam 06.57pm. Semua selesai. Aku dan baby selamat.

07.00pm

Proses keluarkan uri adalah sangat cepat kerana baby keluar terus skali dengan uri dan tak perlulaaaa doc korek tekan bagi nak keluarkan uri. Allah permudahkan sungguh urusan hambaNya yang hina nie. Allahuakbar. Masa proses jahit Oleh doc, jahit agak cepat dan tak sakit langsung okeh sebab doc buat episiotomy sikit sahaja tapi punye la lutut terketar2 sebab sejuk aircond. Proses jahit tak sakit maybe sebab kebas kulit semasa proses meneran tadi. Huhuhu.. Sambil doc jahit aku terlena okeh! Penangan pentadine tadi. Haha sedar 0730pm aku dah siap dicuci Oleh nurse tah bile aku pon tak tau sebelum di transfer ke wad. 

___________________________________________


Hamek ko story mengalahkan novel bersiri kan.. hahahaha.. Kalau ada bab yang korang rasa merepek tu, korang abaikan jelah yer.. Tapi ni lah pengalaman paling berharga yang aku rasa setiap wanita akan alami dan rasai.

Kalu nak diikutkan agak mudah la jugak proses bersalinku ini..berbanding sesetengah ibu-ibu yang Allah uji dengan ujian yang lagi mencabar...tapi bagi aku pengalaman ni memang paling berharga dan antara yang tak dapat dilupakan...


Patutlah syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu. Tingginya maqam seorang ibu. Menanggung jerih perih, suka duka dari tempoh mengandung sembilan bulan sampailah ke saat melahirkan. Memang tidak terbalas jasa mereka.

Kepada yang sudi membaca pengalaman kita ni sampai habis.. Terima kasih ler berbanyak yer.. Esok-esok bila korang dah alami, bolehlah share-share story korang pulak kan.. Biasalah, pengalaman pertama ni lah yang akan jadi ingatan sepanjang zaman.. huhu.. Yang mana elok bolehlah dijadikan sebagai panduan dan teladan.. :)

Babai.. Wasalam.


Kite belanja gambar sikit yep! :)

                         

ALISYA NADHIRAH MOHAMAD NIEKMAT - umur : 2 jam 30 minit
D.o.b: 24 Julai 2014 @ 06.57pm
Berat: 2.6 kg

                        

Day 2 at home.

2 comments:

suhailah hamid said...

tahniah!
seronok baca pengalaman bersalin, sempat lagi bersembang masa nak push baby, part tu lawak bg sue.
sakit contraction mmg sakit giler,tapi ada ganjaran pahala yg Allah bg untuk wanita bergelar ibu :)

suhailah hamid said...

tahniah!
seronok baca pengalaman bersalin, sempat lagi bersembang masa nak push baby, part tu lawak bg sue.
sakit contraction mmg sakit giler,tapi ada ganjaran pahala yg Allah bg untuk wanita bergelar ibu :)