Blogger Templates

Thursday 1 March 2012

KELANTAN DARUL NAIM


Di negeri miskin itulah,
Jual beli dihentikan bila azan berkumandang..

Di negeri miskin itulah,
Selebriti wanita popular tanah air bertudung ayu..

Di negeri miskin itulah,
Berebut ibu ayah mendaftar anak di Maahad Tahfiz Sains..

Di negeri miskin itulah,
Diperkenalkan sistem gadaian Islam Ar-Rahnu menolak riba..

Di negeri miskin itulah,
Kerja 5 hari seminggu mula berkuatkuasa..

Di negeri miskin itulah,
Hari Jumaat dijadikan hari menuntut ilmu agama..

Di negeri miskin itulah,
Cuti bersalin mula ditambah dari 40 ke 60 hari..

Di negeri miskin itulah,
Elaun Menteri Besar dipotong utk Tabung Serambi Mekah..

Di negeri miskin itulah,
Amalan memberi cenderamata kpd pemimpin dihentikan..

Di negeri miskin itulah,
Waktu bekerja pd bulan Ramadhan dipendekkan..

Di negeri miskin itulah,
Iddah diberikan khusus kpd kakitangan wanita yg kematian suami..

Di negeri miskin itulah,
Tak mungkin sekali kelihatan pawagam dan tempat hiburan..

Di negeri miskin itulah,
Papan tanda cara menjaga aurat ditayangkan..

Di negeri miskin itulah,
Peringatan waktu solat di sepanjang jalan..

Di negeri miskin itulah,
Ramai org mengenal mula mengenal tuhan..

Di negeri miskin itulah,
Lahirnya tokoh2 islam terkenal..

Di negeri miskin itulah juga,
Saya dilahirkan dan dibesarkan..

I kelate
I tokguru
I kelate darul naim 

Nukilan: Ustaz Mohd Solehi Ali
               Graduan Anok Kelate UKM
               Bekas Timb. Presiden PERDANA UKM




'sometimes people don't want to hear the truth 
because they don't want their illusions destroyed'  

 

No comments: