Blogger Templates

Thursday 29 March 2012

R.I.N.D.U



Jari jemari menari laju dihamparan keyboard dipagi sunyi lagi hening ini. Menulis pasal rindu bukanlah bererti rindu. ( ok bohong, saya rindu MNA :P )

Rindu itu terasa bukanlah disaat kesunyian. Rindu itu terasa bukanlah juga apabila memerlukan. Rindu itu terasa bukan juga kerana perlukan apa-apa. Tetapi rindu itu hadir kerana perasaan sayang dan kasih kepada seseorang. Perhatian bukanlah kerana perlukan 'perhatian'. Because caring is loving. Andai tak mampu untuk mendengar walaupun secebis untaian kata, mana mungkin kamu mengharapkan orang lain memahami kamu? 

 Dulu terasa cinta itu hadir apabila saling memerlukan. Tapi dengan peredaran detik dari minggu ke bulan sehingga ke tahun, it has changed. Honesty is love. Yeah, bilamana cinta itu palsu andai penipuan menjadi dindingnya.  Kejujuran menjadikan perasaan ini semakin menghargai pasangan. Kejujuran menguatkan perasaan yang tersedia tersimpul. 

Bila terlalu menyayangi pasangan, bukanla peluang pertama atau kedua yang dipertaruhkan andai tercetusnya khilaf. Tetapi, mengharapkan agar pasangan berubah..bukanlah menjadi yang terbaik mahupun yang sempurna. Cukupla sekadar jujur dalam melontarkan kata-kata, saling menjaga maruah walaupun dimana jua, seberapa jauh jarak yang memisahkan. 

Mengharapkan hanya sebelah pihak berkelakuan jujur, menjaga diri, tidak curang bukanlah cara yang terbaik dalam sesuatu perhubungan. Keadaan ini membuatkan hubungan tidak kemana ibarat retak menunggu belah. Simbiosis. Saling melengkapi antara satu sama lain dengan ikhlas dan percaya.

have a good day ahead peeps.

No comments: