Blogger Templates

Wednesday 30 October 2013

First date with gynae.


Minggu lepas MIL (mother in law z:p)  tido dekat umah dua malam. Huhu. sebab FIL pegi memancing dengan abg ipar and abang lang Sadoa. Memancing di SuratThani. En suami ketat2 mau pigi tapi nanti sape nak keja. Hehe. Sembang dengan MIL pasal sakit aku nie. (ade tulis dalam entry lepas) Dia pon suggest suruh pegi jumpa gynae. Nanti dia nak tolong bawakkan lagi :p pagi tadi suami tanya nak pegi tak. Segan pulak nakg dengan MIL. Huhu mau pegi dengan asben jugak. Dah tue siap2 sume dalam 2.30pm bertolak la dari rumah ke Kedah Medical Centre (KMC). Dekat nak sampai ade plak dua orang laki dok bertumbuk  tepi jalan, hais xde keja. Sorang naik myvi sorang pulak Mini Cooper. Tah Mende sampai tergolek atas jalan.

Cuaca agak mendung berangin tadi, pastu hujannnn.. Masuk dekat kaunter pendaftaran 1 floor, nurse tanya nak jumpa doktor biasa atau pakar. Aku cakap pakar, then terus naik 3 rd floor reg dekat sini. Nurses kat sini comey lotey belaka. Hehe.. Dia bagi la senarai gynae, of course la aku nak doc pompuan, reg 3.30pm.. Almost 4.30pm baru panggil. Lama jugakkkk menungggu nie haaaa..

Pastu panggil Nama. Pfftt ingat nama aku tercicir. (Nak marah dah nie.) hewhewheww. Masuk bilik doktor dah senyum. Aku malu pulak. Segan oi first time kot jumpe gynae. Pastu cerita la ape yang berlaku. Potpetpotpet.. Blablablabla.. Point dia irregular period. Hehehe. Lupa nak citer nama doktor nie. Nama doktor pakar nie Dr Che Hatikah bt Che Hanafi (Obs&Gynae)  Baik, lemah lembut, cakap macam mak2 kite la. Hehe. Siap check up.. Lepas tu doctor suruh wat UPT. Siap UPT. Doktor suruh baring atas katil. Sebab nak check dalam plak camne. Kena salin seluar. Atoiiiiya Malu giler. Dah siap baring aku tengok la doktor pegang alat panjang. (TVS) Hahaha. Dia letak cecair dekat batang..lepastu bubuh kondom. Xnak bagi kotor kot sebab aku bleeding lagi. Ya ampun, lutut punya tutup rapat siap mengigil ag sebab Malu. Dah la sejuk kemain. Doktor siap cakap, suruh cool rilex. Orang nak tengok kite punye, ko giler xmalu. Huhu hihi TVS ini ialah, scan untuk tengok kite nie ade telur atau tak dan berapa biji telur yang ada. Dinding rahim tebal ke x.. Ade masalah ape..Ape je boleh tengok.


Ghuper TVS.



  Procedures


Tengok dekat screen monitor tue, doktor bagitau rahim aku bentuk puah pear. Kecik je. :D Alhamdulillah normal. Lepas tue doktor tunjuk keadaan dalam belah kiri rahim, nampakla satu cyst kecik je. Doktor cakap normal buat masa skang sebab kecik. Mungkin akan pecah untuk period akan datang. Atau mungkin membesar masih belum dapat dipastikan. Lepastu tala pulak ke rahim belah kanan aku.. Tue lah tempat yang sakit sangat. Doktor kata ada nampak bengkak sikit. (Tangan aku pulak dok kalut tarik kain putih takut doktor tengok tutttt) Malu ooooooo.. Doktor jugak cakap rahim aku tengah tebal skang and ade telur satu. Dah bleeding so nak buat camna :p

Lepastu, doktor masukkan ape tah pulak..aku nampak la sesuatu bentuk panjang. Suruh aku rilex sekali diJACK nye kat dalam. Terangkat kepala aku. Huhuhu sakit nak giler. Dia check sekeliling, Alhamdulillah normal melainkan cyst kecik satu tue jela.. Dah siap sume aku salin pakai Seluar balik.. Phewwwwwww..

Aku duduk di kerusi mengadap doktor. Doktor cakap xde masalah, insyAallah. Melainkan bengkak skit and cyst kecik je. Aku nie maybe stress atau hormon Kacau sikit je. Aku nak tau dah tue kenapa bleeding lama sangat. Then doktor syorkan aku buat blood test kerana aku explain aku sakit perut senak tak henti2.. 

Doktor bagi beberapa jenis ubat. Macam Biasala untuk stabil hormon DUPHASTON ambil direct 3minggu then stop. Nie rupa dia. And TRANEXAMIX ACID untuk kurang kan kesakitan aku.





Doktor bagi date untuk next appointment untuk tengok hasil blood test dan tengok keadaan cyst aku camne. Siap buat blood test dekat lab. Terus ke kaunter ambil ubat. Bayaran hamboiiiiiiii  kata suami aku 'mekelan tekak dengar kena bayar bape' huhuhu..

Ok tue jela takat arini. Nanti next appointment aku update pulak. K tadaaaaaaaa

No comments: